Info Yang Perlu Tahu semasa Pinjaman Koperasi di Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Article

Anda melayari laman web ini, atau anda membaca artikel ini kerana anda berminat nak tahu tentang pinjaman peribadi. Mungkin anda nak pinjam wang, atau anda sekadar nak tambah ilmu tentang pinjaman.
Sebenarnya, masih ramai yang tak tahu selok-belok tentang pembiayaan peribadi. Nak tanya kat bank nanti takut termakan promosi bank pula.

Kalau anda nak tahu, boleh dikatakan semua Bank akan cuba menggoda anda untuk memohon pinjaman jika anda bertanya tentang apa sahaja berkaitan personal loan.

Jadi sebelum anda memohon pinjaman dengan bank, apa kata anda baca dahulu panduan yang kami sediakan ni untuk memudahkan anda memahami apa itu pinjaman peribadi dan bagaimana untuk memohon supaya permohonan anda mudah diluluskan bank.

Apakah Itu Pinjaman Peribadi?

Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. Pada awal penubuhannya, koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan sehingga Disember 2018 seramai 17,605 anggota berdaftar.

Antara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kredit kepada anggota dengan pelbagai tujuan, menyediakan perkhidmatan tadika dan taska, menjalankan aktiviti pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Selain dari itu, tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti membeli, menjual ,memindahkan hak milik, menyewa, mencagar dan memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih. Koperasi juga menyertai usahasama dan menjadi anggota dengan koperasi-koperasi lain untuk tujuan meningkatkan daya saing, pendapatan serta bertukar-tukar ilmu berkoperasi.

Koperasi Bersatu Tenaga Berhad – Kobeta.

Secara ringkas, pinjaman peribadi adalah wang yang anda ‘pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah dipersetujui yang anda bayar dalam tempoh tertentu.

Mereka yang memohon pembiayaan peribadi menggunakan wang pinjaman untuk banyak perkara; modal kahwin, beli kereta, bayar hutang Ptptn, melancong, dan sebagainya.

Pendek kata pinjaman peribadi sesuai digunakan untuk semua perkara, kecuali memulakan perniagaan.

Pelbagai Jenis Pembiayaan Peribadi

Terdapat dua jenis pembiayaan peribadi, iaitu “secured personal loans” dan “unsecured personal loans”. Apa yang membezakan kedua-dua jenis “personal loan” ini?

 

Pembiayaan Peribadi Bercagar (Secured Personal Loan)

Ini adalah jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran. Cagaran yang dimaksudkan adalah bentuk hartanah.

Ini bermaksud sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran loan, bank boleh merampas cagaran atau memindahkan tanggungjawab kepada penjamin.

Pinjaman jenis “secured personal loans” selalunya digunakan oleh individu yang mempunyai rekod kredit yang lemah. Walau bagaimanapun pinjaman jenis ini juga diminati kerana kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman lain.

 

Pembiayaan Peribadi Tak Bercagar (Unsecured Personal Loans)

Ini adalah pinjaman peribadi yang popular pada masa sekarang. Pinjaman ini juga adalah pinjaman bank yang pihak kami uruskan.

Jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran. Pinjaman jenis ini juga lebih pantas dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat  minima yang ditetapkan.

Tetapi jenis pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman-pinjaman bank yang lain.

Tempoh Bayaran Semula Pinjaman Peribadi

Tempoh pembayaran adalah bergantung kepada jenis pinjaman peribadi yang diluluskan, dan peminjam boleh memilih tempoh bayaran semula yang sesuai dengan situasi kewangan mereka.

Boleh dikatakan semua bank yang menawarkan pinjaman peribadi mempunyai tempoh bayaran semula yang fleksibel – sesingkat 1 tahun sehingga mencapai 7 tahun.

Sebagai contoh, pihak AEON Credit menawarkan tempoh pembiayaan dari 1 tahun hingga 7 tahun untuk pinjaman peribadi AEON iCash. Manakala CIMB pula menawarkan tempoh bayaran dari 1 tahun sehingga 5 tahun untuk CIMB Cash Plus & CIMB Xpress Cash.

Nilai bayaran semula ini pula bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan untuk pelan pinjaman peribadi tersebut.

Kadar Faedah Pinjaman Peribadi

Seperti tempoh bayaran, kadar faedah pembiayaan peribadi juga adalah bergantung kepada jenis pinjaman bank yang dipohon.

Setiap bank mengenakan kadar faedah yang berbeza untuk pelan pinjaman mereka. Pada masa sekarang, kebanyakan bank di Malaysia menawarkan dua jenis pelan pembiayaan peribadi. Jenis pelan pinjaman yang saya maksudkan di sini bukanlah “unsecured personal loan” dan “secured personal loan”, tetapi pinjaman patuh syariah dan pinjaman konvensional.

Oleh kerana agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam, kebanyakan bank mula menawarkan pinjaman patuh Syariah yang menggunakan konsep Bai Al-Inah. Secara ringkas, pelan pembiayaan peribadi bank yang berkonsepkan Bai Al-Inah mempunyai kadar faedah tetap berbanding pelan pembiayaan peribadi yang biasa.

Pelan pinjaman yang tidak menggunakan konsep Bai Al-Inah pula menawarkan kadar faedah yang berubah. Selalunya kadar faedah ini bergantung kepada nilai pinjaman yang diluluskan. Untuk memudahkan anda, kami telah menyediakan jadual pembayaran semula pinjaman peribadi untuk pelan pinjaman peribadi bank di Malaysia.

Bagaimana Memilih Pelan Pinjaman Yang Sesuai?

Malangnya tidak ada jawapan yang tepat bagaimana untuk soalan tersebut. Pemilihan pelan pinjaman yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

Faktor seperti status kewangan anda sangat mempengaruhi pelan pembiayaan peribadi yang perlu anda pilih.

Anda juga perlu tahu tujuan anda ingin mendapatkan pembiayaan peribadi dari bank. Adakah anda terdesak dan inginkan pinjaman segera tanpa penjamin atau cagaran.

Dan adakah anda pasti anda akan dapat membayar kembali pinjaman tersebut mengikut kadar faedah yang ditetapkan oleh bank?

Itu adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk mendapatkan pinjaman.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank di Malaysia

Cara memohon pinjaman pada sekarang sangat mudah. Kebanyakan bank sudah menyediakan permohonan secara atas talian (online) untuk memudahkan pemohon.

Secara ringkas, anda boleh memohon pinjaman bank melalui kaedah berikut:

Mohon Secara Atas Talian (online)

Seperti yang saya katakan sebelum ini, kebanyakan bank sudah menyediakan kemudahan untuk memohon pinjaman peribadi secara atas talian, atau online. Anda cuma perlu isi maklumat berkaitan dan akan dihubungi oleh pihak bank untuk urusan selanjutnya.