Pinjaman Peribadi Koperasi adalah diantara produk dan perkhidmatan utama yang ditawarkan oleh beberapa koperasi terkemuka di Malaysia. Ianya menjadi pilihan utama Kakitangan Kerajaan & Penjawat Awam yang berjawatan tetap bagi mendapatkan kemudahan Pinjaman Peribadi dari koperasi berbanding dari bank-bank tempatan yang turut menawarkan perkhidmatan yang sama. Secara tidak langsung situasi ini meningkatkan lagi permintaan kepada perkhidmatan Pinjaman Peribadi yang ditawarkan oleh koperasi kredit terkemuka ketika ini.
Ini berlaku kerana Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan yang ketat kepada bank-bank tempatan dalam memberi kemudahan Pembiayaan Peribadi kepada Penjawat Awam & Kakitangan Kerajaan. Secara tidak langsung menyukarkan pemohon untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Ini secara tidak langsung menarik minat pemohon untuk mendapatkan kemudahan pinjaman dan pembiayaan peribadi dari pihak Koperasi berbanding bank tempatan.
Berbeza dengan kemudahan pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank tempatan. Pihak pengurusan bank akan mengambil kira semua komitment luar pemohon dan juga segala rekod pinjaman pemohon kerana terikat dengan garis panduan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada bank-bank tempatan. Secara tidak langsung menyukarkan pemohon untuk mendapatkan kemudahan Pembiayaan Peribadi dari bank tempatan.
Koperasi Putri Terbilang Berhad – Koputri
Koperasi Putri Terbilang Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama KOPUTRI telah didaftarkan pada 09 Mac 2006 di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad. Pada awal penubuhannya, koperasi ini didaftarkan dengan keanggotaan seramai 100 orang dan sehingga Disember 2018 seramai 17,605 anggota berdaftar.
Antara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kredit kepada anggota dengan pelbagai tujuan, menyediakan perkhidmatan tadika dan taska, menjalankan aktiviti pusat tuisyen dan kelas bimbingan. Selain dari itu, tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti membeli, menjual ,memindahkan hak milik, menyewa, mencagar dan memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan tak alih. Koperasi juga menyertai usahasama dan menjadi anggota dengan koperasi-koperasi lain untuk tujuan meningkatkan daya saing, pendapatan serta bertukar-tukar ilmu berkoperasi.