faq-banner
FAQs

Frequently Asked Questions

Siapakah Sunnytrix Marketing?

Sunnytrix marketing adalah satu platform pembiayaan peribadi dan pinjaman koperasi online bagi penjawat awam dan kakitangan badan berkanun di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk menawarkan pengalaman pembiayaan peribadidan pinjaman koperasi online yang lebih mesra kepada pengguna di Malaysia – lebih senang, mudah, selamat dan mampu milik.

Sunnytrix Marketing adalah wakil pemasaran yang sah (ejen) bagi RCE Marketing Sdn Bhd (subsidari kepada RCE Capital Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia) yang menawarkan kemudahan pembiayaan peribadi dan pinjaman koperasi kepada penjawat awam melalui Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis Berhad. Kami juga mewakili pinjaman peribadi daripada Public Islamic Bank dengan MCCM.

Hubungi kami sekarang untuk maklumat yang lebih lanjut, dan alami sendiri perkhidmatan pembiayaan peribadi dan pinjaman koperasi yang lebih baik dari Sunnytrix Marketing. 

Sunnytrix Marketing adalah wakil pemasaran yang sah (ejen) untuk pembiayaan peribad bank dan pinjaman koperasi untuk kakitangan kerajaan di Malaysia. Kami aktif dalam pemasaran di Sabah.

Anda boleh:

  •  e-mel kami di inquirysunnytrix@gmail.com 
  •  hubungi atau Whatsapp kami 013-8516303 antara 9.00 pagi – 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat

Kami sentiasa mengalu-alukan maklum balas anda!

Pinjaman Peribadi untuk Anggota Kerajaan di Malaysia - Permohonan Pinjaman

Proses permohonan pembiayaan peribadi dan pinjaman koperasi  Sunnytrix senang, cepat dan mudah. Ia mengambil masa hanya beberapa minit untuk memperolehi status kelayakan dan kadar yang ditawarkan dengan serta-merta dari perbadanan. Kami akan meminta pemohon untuk memberikan maklumat peribadi, termasuklah pekerjaan, pendapatan bulanan, komitmen pinjaman semasa dan tahap pendidikan anda.

Sila memastikan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat kerana ia akan diperiksa.

Anda boleh menggunakan wang pinjaman peribadi dan pembiayaan peribadi koperasi ini untuk kegunaan apa sahaja, selagi ia tidak menyalahi undang-undang. Contohnya yang berikut:

  • Gabungkan hutang
  • Selesaikan bil kad kredit
  • Membuka atau meluaskan perniagaan
  • Perbelanjaan perubatan atau hospital
  • Melanjutkan pelajaran
  • Pembelian yang besar
  • Membeli kereta
  • Pengubahsuaian rumah
  • Melancong
  • Perkahwinan

Jumlah yang boleh dipinjam bergantung kepada koperasi dan perbadanan yang kami syorkan. Terma pinjaman koperasi dan pembiayaan peribadi koperasi adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Jumlah maksimum pinjaman peribadi dan pembiayaan peribadi koperasi anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda.

Anda tidak boleh megubah sebarang dokumen dan maklumat permohonan pinjaman peribadi dan pembiayaan peribadi koperasi anda setelah dihantar. Sila pastikan bahawa maklumat anda disahkan sebelum menyerahkan permohonan pinjaman peribadi dan koperasi. Jika terdapat kesilapan pada permohonan anda dan ingin mengubah jumlah pinjaman, tempoh atau maklumat peribadi, sila e-mel inquirysunnytrix@gmail.com atau hubungi 013-8516303 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.

Jika anda ingin membatal permohonan pinjaman peribadi atau pembiayaan peribadi koperasi anda, sila e-mel inquirysunnytrix@gmail.com, hubungi atau Whatsapp 013-8516303.

Ya, pembiayaan peribadi koperasi dan pinjaman koperasi yang disediakan di platform Sunnytrix adalah berkonsep Syariah.

Kelayakan Meminjam

Anda layak untuk memohon pembiayaan peribadi dan pinjaman koperasi dari Sunnytrix Marketing jika anda seorang kakitangan awam di Malaysia dan:

  • Seorang warganegara Malaysia berumur antara 20 hingga 58 tahun
  • Memegang jawatan tetap dan berkhidmat sekurang-kurangnya 6 bulan di sektor awam
  • Pendapatan kasar minimum sebanyak RM1,500 (termasuk elaun tetap)
  • Tidak diisytiharkan muflis dan mampu membayar balik pinjaman

Anda mesti menyediakan dokumen-dokumen yang berikut untuk melengkapkan serta mempercepatkan proses permohonan pinjaman peribadi rasmi.

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • Penyata gaji (payslip) yang disahkan untuk 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan jawatan
  • Salinan penyata bank terkini dengan kredit gaji bulanan anda

Pengesahan dan Perlepasan Pinjaman Peribadi

Anda boleh menerima pembiayaan peribadi atau pinjaman koperasi dari 2 hari bekerja sehingga 2 minggu, ini bergantung dengan badan pinjaman yang kami syorkan.

Untuk pinjaman koperasi Yayasan Ihsan Rakyat dan Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, setelah menerima dokumen lengkap daripada anda dan tiada lagi dokumen tambahan atau susulan diperlukan berikutan penyerahan pertama, dan Yayasan berjaya menghubungi anda dan majikan anda dalam tempoh 24 jam untuk pengesahan, dan pengesahan itu berjaya, wang pinjaman boleh dimasukkan ke akaun bank anda sepantas 2 hari bekerja jika akaun anda ialah akaun Maybank. Dalam semua keadaan lain, ia akan mengambil masa lebih daripada 2 hari bekerja.

Untuk pembiayaan peribadi Public Islamic Bank, ia mengambil masa 1-2 minggu untuk memproses dan masukkan pinjaman ke bank akaun anda.

Harap maklum bahawa masa yang ditunjukkan adalah berdasarkan usaha terbaik dan tidak dijamin walau apa jua keadaan.

Elaun berikut dikira sebagai pendapatan:

  • Imbuhan tetap perkhimatan awam
  • Imbuhan perumahaan
  • Bantuan sara hidup
  • Elaun keraian
  • BI tugas kewangan
  • Tanggungjawab pendidikan
  • BI Ajar/ Cacat

Yang berikut TIDAK dikira sebagai pendapatan:

  • Overtime
  • Imbuhan tahunan
  • Tunggakan
  • Elaun memangku
  • Elaun tanggungan
  • Elaun jahitan
  • Elaun warden

Jika anda menerima elaun berlainan daripada yang disenaraikan di atas, sila emel kami inquirysunnytrix@gmail.com, hubungi 013-8516303 atau klik kotak sembang di sebelah kanan bahagian bawah.

Kadar Pinjaman Peribadi

Tidak. Sunnytrix tidak akan menuntut sebarang deposit pendahuluan atau yuran pemprosesan daripada peminjam bila-bila masa.

Kadar untung anda ditentukan oleh Pemberi Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda.

Kadar untung untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank adalah dari kadar sama rata 4.45% untuk amaun pinjaman RM 100k dan kebawah, dan 3.99% untuk amaun pinjman RM 100K sehingga RM 150K. (Kadar ini adalah kadar promosi sekarang, biasanya kadar adalah 5.20% setahun).

Untuk pembiayaan peribadi koperasi Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, kadar bermula dari 6.50% sehingga 9.99% setahun sama rata (kadar akhir adalah berdasarkan profil kredit anda). Kadar untung akhir akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk menerima pinjaman atau tidak.

Jumlah pembiayaan peribadi atau pinjaman koperasi akhir yang anda akan terima ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda. Maklumat ini akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk teruskan memohon untuk pinjaman atau tidak.

Secara amnya, jumlah pembiayaan peribadi atau pinjaman koperasi akhir adalah berdasarkan nisbah bayaran keluar bersih (payout) (ditentukan oleh Pembekal Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda), jumlah bersih daripada ansuran pendahuluan dan caj lain yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada duti setem, takaful, saham koperasi, ahli yuran koperasi dan caj pentadbiran.

Untuk pinjaman peribadi Public Islamic Bank, payout adalah setinggi 98%. Untuk pinjaman koperasi Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, payout adalah dalam 78-90% (bergantung kepada profil kredit)

Jika anda lewat membayar bayaran bulanan, anda akan dikenakan penalti bayaran lewat setiap bulan pada jumlah yang tidak dibayar seperti dinyatakan di perjanjian pembiayaan anda dengan Pembekal Perkhidmatan Kewangan.

Keselamatan

Maklumat peribadi anda disimpan dengan selamat menurut Terma Penggunaan dan Notis Privasi kami. Semua maklumat pelanggan yang dikumpul oleh Sunnytrix Marketing adalah melalui pelayan yang selamat, menggunakan teknologi enkripsi dan dilindungi daripada capaian yang tidak dibenarkan oleh beberapa prosedur keselamatan. Sunnytrix tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak lain tanpa kebenaran anda.

START YOUR
Loan Application

    Pembiayaan Peribadi Malaysia | Pembiayaan Peribadi Koperasi | Pinjaman Koperasi Malaysia | Pinjaman Peribadi Yayasan | Pinjaman Peribadi Malaysia