Segalanya yang Anda perlu Tahu untuk Pinjaman Peribadi di Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Article

Pinjaman peribadi menjadi semakin popular masa kini. Banyak informasi yang dapat dari laman web dipenuhi dengan promosi dan penggodaan dari pihak kewangan, dan kurang informasi yenag berpatutan. Jika anda ingin meminjam wang, anda perlu menambah ilmu tentang produk produk pinjaman dan koperasi. Sebelum anda memohon pinjaman dengan mana mana institusi, anda patut tahu lebih dengan panduan yang disdiakan di bawah, untuk memudahkan segala anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi, dan bagaimana unutuk memohon untuk meningkatkan peluang kelulusan bank.

Apa Itu Pinjaman Peribadi?

Dengan seringkas, pinjaman peribadi adalah wang yang anda ‘pinjam’ dari institusi kewangan dengan kadar faedah yang anda bayar dalam tempoh yang disetujui. Pihak yang memohon pembiayaan peribadi menggunakan wang pinjaman untuk sebab tertentu, seperti modal perkahwinan, pembelian kereta, pelangsaian hutang Ptptn, pelancongan, dan banyak lagi.

Pelbagai Jenis Pembiayaan Peribadi

Terdapat dua jenis pembiayaan peribadi, iaitu “secured personal loans” dan “unsecured personal loans”. Apa yang membezakan kedua-dua jenis pembiayaan dan pinjaman sebegini?

Pembiayaan Peribadi Bercagar (Secured Personal Loan)

Ini adalah jenis pinjaman yang memerlukan penjamin atau cagaran dari pihak pemohon. Cagaran yang dimaksudkan adalah bentuk hartanah. Ini bermaksud sekiranya peminjam gagal menjelaskan bayaran loan, bank boleh merampas cagaran atau memindahkan tanggungjawab kepada penjamin. Pinjaman jenis “secured personal loans” selalunya digunakan oleh individu yang mempunyai rekod kredit yang lemah. Walau bagaimanapun pinjaman jenis ini juga diminati kerana kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman lain.

Pembiayaan Peribadi Tak Bercagar (Unsecured Personal Loans)

Ini adalah pinjaman peribadi yang popular pada masa sekarang. Pinjaman ini juga adalah pinjaman bank yang pihak kami uruskan. Jenis pinjaman ini tidak memerlukan penjamin atau sebarang cagaran. Pinjaman jenis ini juga lebih cepat dan lebih mudah diluluskan oleh pihak bank jika pemohon menepati syarat-syarat yang ditentukan. Tetapi jenis pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman-pinjaman bank yang lain.

Tempoh Bayaran Semula Pinjaman Peribadi

Terma pinjaman adalah fleksibel, di antara 1 hingga 10 tahun. Jumlah maksimum anda ditentukan oleh latar belakang, profil kredit, keadaan kewangan semasa, dan komitmen anda. Boleh dikatakan semua bank yang menawarkan pinjaman peribadi mempunyai tempoh bayaran semula yang fleksibel – sesingkat 1 tahun sehingga mencapai 7 tahun. Nilai bayaran semula ini pula bergantung kepada kadar faedah yang dikenakan untuk pelan pinjaman peribadi tersebut.

Kadar Pembiayaan / Pinjaman

Seperti tempoh bayaran, kadar faedah pembiayaan peribadi juga adalah bergantung kepada jenis pinjaman bank yang dipohon. Setiap bank mengenakan kadar faedah yang berbeza untuk pelan pinjaman mereka.

Kadar untung anda ditentukan oleh Pemberi Perkhidmatan Kewangan berdasarkan profil kredit dan tingkah laku kewangan anda. Kadar untung untuk pinjaman Public Islamic Bank adalah dari kadar sama rata 4.45% untuk amaun pinjaman RM 100k dan kebawah, dan 3.99% untuk amaun pinjman RM 100K sehingga RM 150K. (Kadar ini adalah kadar promosi sekarang, biasanya kadar adalah 5.20% setahun). Untuk pinjaman Yayasan Ihsan Rakyat & Yayasan Dewan Perniagaan Melayu Perlis, kadar bermula dari 6.50% sehingga 9.99% setahun sama rata (kadar akhir adalah berdasarkan profil kredit anda). Kadar untung akhir akan dinyatakan dengan jelas untuk pertimbangan anda sebelum memutuskan untuk menerima pinjaman atau tidak.

Bagaimana Memilih Pelan Pinjaman Yang Sesuai?

Malangnya tidak ada jawapan yang tepat bagaimana untuk soalan tersebut. Pemilihan pelan pinjaman yang sesuai bergantung kepada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan. Faktor seperti status kewangan anda sangat mempengaruhi pelan pembiayaan peribadi yang perlu anda pilih.

Anda juga perlu tahu tujuan anda ingin mendapatkan pembiayaan peribadi dari bank. Adakah anda terdesak dan inginkan pinjaman segera tanpa penjamin atau cagaran. Itu adalah antara faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan anda untuk mendapatkan pinjaman.

Cara Memohon Pinjaman Peribadi Bank di Malaysia

Cara memohon pinjaman pada sekarang sangat mudah. Kebanyakan bank dan wakil pemasaran sah sudah menyediakan permohonan secara atas talian (online) untuk memudahkan pemohon. Seperti yang dinyatakan, Sunnytrix Marketing sebagai wakil pemasaran sah, kami menyediakan kemudahan untuk memohon pinjaman peribadi secara atas talian, atau online. Anda cuma perlu isi maklumat berkaitan dan akan dihubungi oleh pihak bank untuk urusan selanjutnya.